Sunday, 23 June 2013

~ sek cuti sebb jerebu di KL


sakit mata..sakit tekak...bau asap..kenapa..sebb jerebu..bermula dari muar..johor..pahang..n skrg kuala lumpur..memang udara sgt tidak baik..tahap IPU pun tinggi....
kalau ikot tu memang CBN1 cuti harini sebb sabtu haritu ada sukan..jd harini adalah cuti peristiwa..memng peristiwa sungguh la..ntah la sampai bilanyer cuti..nampak pg macam terok ckit dr semlam..apa pun jgn terlalu mengeluh..ini semua ujian tuhan..


~kdg2 kita ni..bila ujian dtg..terlalu berkira2 tapi kita lupa nikmat yg kita dpt selama ni skit ja kita berkira..kdg2 tak sedar langsung itu adalah nikmat ALLAH bagi..jadi yok sama2 kita mensyukuri nikmat yg ada..apa ada pada jerebu jika dibandingkan dengan ujian rakyat palestin..syria..yg berhempas pulas melawan musuh...

bgunan dah semakin lesap dek jerebu..

nisfu saaban

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

~mengingat semula memang susah..

Assalamualaikum....rumah maya ku sunyi sepi....
Ya Allah..punya lah lama nak ingat balik p.word blog ni..(tue la gatai tgn nak buat lg blog)
try punya try..sampai malaih dah nak try..aleh2 malam ni skali ja try dah boleh..rupanya kawan guna gmail...haiiyaaa...itu macam ka...

apa pun..rasa nak on balik menulis..rasa boring seh..kalau menulis walaupun rasa mcm ambe je yg baca sekurang2nya leh ingatkan diri sendri yg sentiasa leka ni..boleh imbau kenangan lama2 kat sini..boleh senyum sorang2 mcm skrg ni..SMILE ;) apapun kita buat kita kena sandarkan pada ALLAH...itu yg terbaik...