Saturday, 23 November 2013
aku sebagai hamba terima seadanya...
perjalanan hidup tak lari dari cabarann dunia...itu dinamakan kehidupan..aku pasrah....
Saturday, 19 October 2013
bahagia kami...
| terima kasih ALLAH..kurniakan kami.. |
"dan di antara tanda-tanda kekuasaanNYA,
bahawa ia menciptakan untuk isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dengannya,
dan dijadikan di antara kamu perassan kasih sayang.
sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir"
ar-rum 30;26
8 Petua Hidup Bahagia
8 Petua Untuk Hidup Bahagia
1. Tinggalkan sifat PEMARAH – Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
2. Tinggalkan sifat PENDENDAM – Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Tinggalkan sifat HASAD DENGKI – Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Tinggalkan sifat BAKHIL – Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tinggalkan sifat TAMAK – Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tinggalkan sifat TIDAK SABAR – Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.7. Tinggalkan sifat EGO – Ibu segala mazmummah, membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Kerana semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.8. Tinggalkan sifat RIAK – Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah murka kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada
Monday, 15 July 2013
SALAM RAMADHAN..AHLAN YA RAMADHAN...
ramadhan kembali...syukur..aku berkesempatan bertemu dengan ramadhan..
ramadhan di dalamnya bulan maghfirah..ALLAH HU RABBI...
rinduku terubat bila bertemu ramdhan..sgt indah...
awal ramadhan..jatuh pada tarikh 10.07.2013.. aku kena bgi sedikit tazkirah ringkas kat anak2 murid di perhimpunan pagi.. tengok muka semua ceria..bila ditnanya puasa tak? kuatnya jawab..PUASAAAA..
semangat..!! harap jawapan ni kekal la sampai akhir ramdhan..
terang ckit maksud ramadhan>>puasa>> fadhilat2 berpuasa>>pastu ajar doa yg selalau Nabi Muhammad amal pada bulan puasa... ALLAHumma amin...
semoga anak-anak murid ku bersemangat untuk menunaikah ibadah puasa,..begitu juga dengan solat dan ibadah lain..jgn puasa tak solat yer..pesan ustazah.. ;)
ramadhan di dalamnya bulan maghfirah..ALLAH HU RABBI...
rinduku terubat bila bertemu ramdhan..sgt indah...
awal ramadhan..jatuh pada tarikh 10.07.2013.. aku kena bgi sedikit tazkirah ringkas kat anak2 murid di perhimpunan pagi.. tengok muka semua ceria..bila ditnanya puasa tak? kuatnya jawab..PUASAAAA..
semangat..!! harap jawapan ni kekal la sampai akhir ramdhan..
terang ckit maksud ramadhan>>puasa>> fadhilat2 berpuasa>>pastu ajar doa yg selalau Nabi Muhammad amal pada bulan puasa... ALLAHumma amin...
semoga anak-anak murid ku bersemangat untuk menunaikah ibadah puasa,..begitu juga dengan solat dan ibadah lain..jgn puasa tak solat yer..pesan ustazah.. ;)
Wednesday, 26 June 2013
~ khat nasakh yang kena asah
Ah lamanya tak bermain2 dengan pen khat..
walau tulisan ku tak secantik mana pun..
tapi aku minat dengan seni khat..
kat U dulu aku ambik kok SENI KHAT..
best sgtt...
waktu pertama n kedua di sekolah pagi td..
aku kenalkan pelajar 4 zamrud dengan jenis khat secara ringkas..
aku tunjuk cara pegang pensel khat dgn betol..cara tulis huruf dengan betul
tak sangka student ku ada yg kenal jenis tulisan khat..
"Ok, kita akan bina ayat menggunakan tanda baca dengan tulisan khat nasakh"
bukan main la ku ni tunjuk kat student ku..depa puji..
"cantikknya tulisan ustazah.."
kena buka balik buku tulisan khat yg aku belajar masa dekat u dulu..ada semua teknik dia..
hanya belajar tulih khat ni dari tgkatan satu lagi..kiki..
hanya belajar tulih khat ni dari tgkatan satu lagi..kiki..
cuma ku ja tak kelebek habis2..lupa da...apa2 pun saya suka!!
~ Dua berita
** Pertama---
lepas balik sekolah rasa nak g ambik result HB n papsmear aku..start cek dr 27/02/2013 lagi..misi cakap 2 bulan blan dah bleh tau.. tiba2 semalam terjumpa la kertas nofon klinik kesihatan pantai..tiba2 ja teringat result HB..aduhh...banyak sgt ka ku pike sampai ku lupa..hurmm
jam kat tagan pukul 3 dah..biasalah klinik gov..amek giliran- main candy cruch dulu- amek tekanan darah- main lagi-baru bleh masuk bilik DR..aku ingat dah ckap amik result amek ja terus balik..hurmmm sapa nak baca result kat mu!!!
masuk bilik DR.. DR pun tanya itu ini... ok pap smear NORMAL.. result HB yg bulan 2 haritu---- still tak ok "awak mkn ubat tak skrg?" "makan"----dalam hati.... mau ingat aku makan la .. ok pg bilik 6 amek darah...saya nak tgok darah awak hari ni..dpt result masuk balik bilik DR.. syukur Alhamdulillah...melonjak naik..lebih 5angka kot dr sblum ni..Alhamdulillah..syukur..memang ku rasa semnjak 2 menjak ni badan ku rasa cergas ckit lepas amal minuman sunnahSUSU KAMBING.. better goat hijjaz (sedap oo..choclate..) nasib...kalau tak kena appointment lagi.. skrg ku kena jaga makan..n paling penting slalu berdoa pada DIA...
-tinnginya kasih sayang ALLAH-
****---Kedua
lepas balik dari klinik kat parking umah..hati ni rasa nak telefon kak ku..tnya kabar dia..dia tak sihat sejak kebelakangan ni..aku dpt berita baru..bagi semangt dan sokongan dekat dia..jgn patah semangat..dia da masalah berkaitan tulang..jadi bengkak2 bahangian tangan..kaki..minggu depan dia kena rujuk pakar..insya ALLAH..ku slalu doa untuk dia..adik syg kakak..
MEMANG.. sedih bila ujian dtg menimpa..itu lumrah... tapi kena bersangka baik dengan DIA..ujian datang dari Allah sebb DIA sayang kita...beringat supaya kita tak leka dgn asyiknya nikmat dunia..
~ ingat akan kematian itu membuatkan kita lebih menghargai hidup..
Sunday, 23 June 2013
~ sek cuti sebb jerebu di KL
sakit
mata..sakit tekak...bau asap..kenapa..sebb jerebu..bermula dari
muar..johor..pahang..n skrg kuala lumpur..memang udara sgt tidak baik..tahap
IPU pun tinggi....
kalau ikot tu memang CBN1 cuti harini sebb sabtu haritu ada
sukan..jd harini adalah cuti peristiwa..memng peristiwa sungguh la..ntah la
sampai bilanyer cuti..nampak pg macam terok ckit dr semlam..apa pun jgn terlalu
mengeluh..ini semua ujian tuhan..
~kdg2 kita ni..bila ujian dtg..terlalu berkira2 tapi kita lupa
nikmat yg kita dpt selama ni skit ja kita berkira..kdg2 tak sedar langsung itu
adalah nikmat ALLAH bagi..jadi yok sama2 kita mensyukuri nikmat yg ada..apa ada
pada jerebu jika dibandingkan dengan ujian rakyat palestin..syria..yg berhempas
pulas melawan musuh...
![]() |
| bgunan dah semakin lesap dek jerebu.. |
nisfu saaban
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi
tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
| “ | Rasulullah
Setelah Baginda
| ” |
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
~mengingat semula memang susah..
Assalamualaikum....rumah maya ku sunyi sepi....
Ya Allah..punya lah lama nak ingat balik p.word blog ni..(tue la gatai tgn nak buat lg blog)
try punya try..sampai malaih dah nak try..aleh2 malam ni skali ja try dah boleh..rupanya kawan guna gmail...haiiyaaa...itu macam ka...
apa pun..rasa nak on balik menulis..rasa boring seh..kalau menulis walaupun rasa mcm ambe je yg baca sekurang2nya leh ingatkan diri sendri yg sentiasa leka ni..boleh imbau kenangan lama2 kat sini..boleh senyum sorang2 mcm skrg ni..SMILE ;) apapun kita buat kita kena sandarkan pada ALLAH...itu yg terbaik...
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

.jpg)

